HARI GURU 2012

hguru


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

~USMAN AWANG

 

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

 

PROGRAM TAKLIF 2012

http://s14.postimage.org/9ku0eictd/taklif.jpg

 

LATAR BELAKANG
  • Secara umumnya kebanyakkan anak-anak mengetahui tanda-tanda samada dia sudah baligh atau belum baligh, tetapi berapa ramai dikalangan mereka mereka yang tahu apakah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mereka.
  • Ada dikalangan ibubapa mengambil sikap mudah dalam menerangkan keperluan tanggunjawab yang perlu dipikul oleh anak-anak mereka secara tidak formal dan beranggapan perkara ini suatu kebiasaan.
  • Melalui program ini “ penyerahan tanggungjawab / taklif” ini dibuat secara formal dan lebih menimbulkan rasa sikap keperihatinan dalam melaksanakan penyerahan ini di antara ibubapa dan anak-anak mereka.
OBJEKTIF

  • Membantu ibubapa mewujudkan komunikasi, hubungan berkesan dan persefahaman di antara anak-anak.
  • Memberi kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan tanggungjawab dalam membimbing anak-anak dalam menempuh cabaran hidup.
  • Melaksanakan aktiviti penyerahan tanggungjawab ibubapa yang mencapai umur peringkat akhil baligh.
SINOPSIS PROGRAM
  • Modul Sakinah berbentuk ceramah, bengkel, soaljawab dan permainan.

 

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

 

Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Marang

http://s13.postimage.org/yf8tjsluv/mtq2012.jpg

Selasa, 10 April 2012 - Telah berlangsung Pertandingan MTQ peringkat Daerah Marang yang bertempat di SMKADG. Antara kategori dalam pertandingan tersebut ialah, Hafazan, Tilawah, Syarahan dan Nasyid. Tahniah diucapkan kepada wakil SMKADG kerana memenangi semua kategori yang dipertandingkan!!! Semoga kejaan ini dapat diteruskan lagi di peringkat yang lebih tinggi.

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

 

Juara Pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah Marang 2012

dramaking


Tahniah diucapkan kepada pasukan Drama Bahasa Inggeris yang dipimpin oleh Cik Julia Shiren dan Cik Noradila kerana berjaya menjuarai pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah Marang 2012. Pertandingan ini telah diadakan di BTPN marang dan disertai oleh semua sekolah di daerah Marang. Semoga berjaya mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 31 Mac 2012 10:59)

 

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

pibg2012

Sabtu, 31 Mac 2012 - Telah berlangsung mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMKADG 2012 di dewan Ibnu Khaldun. Dianggarkan lebih 500 hadirin datang ke mesyuarat edisi kali ini. Selain mesyuarat pemilihan AJK PIBG, turut dilangsungkan majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM & STPM 2011. Dalam majlis ini PIBG juga turut berbesar hati menyumbangkan sedikit imbuhan bagi pelajar yang berjaya. Majlis ini dirasmikan oleh En A. Latif b. Awang mewakili pengarah APMT.

JAWATANKUASA PIBG 2012/2013

YDP : EN. MOHD SHAFIE HASSAN
NYDP : HJ. MOHD ABDULLAH
S/U : (LANTIKAN SEKOLAH)
BENDAHARI : (LANTIKAN SEKOLAH)

AJK :
EN. MOHD DRAMAN
EN. ALIAS B DAUD
PN. WAN PARIDAH BT WAN SARIF
HJ. ABDUL RAHIM DERAMAN

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

 

Keputusan SPM 2011 Meningkat!

spm2011

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2011. Secara keseluruhanya terdapat peningkatan GPS berbanding tahun 2010. Pada tahun ini SMKADG berjaya mendapat GPS sebanyak 3.78 berbanding pada tahun 2010 SMKADG mendapat GPS 4.01. Berikut nama pelajar yang mendapat 11A dalam peperiksaan SPM 2011

NUR NAJIHAH GAN BT AZLAN GAN (10A+,1A-)

SAYYID ABDUL HALIM BIN SYED OMAR (8A+,3A)

SYAFIQAH NAJIBAH BINTI MD HASSAN (5A+,5A,1A-)

 

Program Guru Penyayang

page



MURID adalah aset penting yang perlu diberikan perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudnya dan disayangi setiap masa oleh insan yang bernama guru kerana tanpa murid maka tiadalah guru. Justeru itu, warga SMKA Durian Guling telah melancarkan program ‘Guru Penyayang, Murid Sayang’ peringkat sekolah, baru-baru ini.  Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pn Kamariah Bt Ali, Pengetua SMKA Durian Guling. Menurut Pn. Pengetua,  guru penyayang bermaksud perbuatan atau perlakuan ambil cakna terhadap setiap perkara berkaitan dengan muridnya dengan cara mengamalkan kasih-sayang, mesra murid, berbudibahasa, prihatin dan adanya unsur kecindan tetapi berpendirian tegas dalam mengamalkan disiplin.

Antara program yang dijalankan ialah guru-guru menunggu kehadiran murid dan mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah.  Di samping itu, guru dapat beramah-mesra dengan ibu bapa dan penjaga murid.  Murid-murid diberikan cenderahati atas kehadiran mereka pada hari tersebut. Selain itu, murid-murid yang menyambut hari kelahiran sepanjang bulan Januari dan Februari turut menerima hadiah hari jadi.

 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD EDISI KE-21

mssdm

Minggu ini telah berlangsung kejohanan balapan dan padang MSSD Marang 2012 di padang sekolah SMK Seberang Marang (5-8 Mac 2012). SMKADG telah berjaya mengekalkan 5 pingat emas dan berjaya menambah pingat perak dan gangsa berbanding tahun 2011. Buat pertama kalinya SMKADG telah mnghantar atlet perempuan untuk acara lontar  peluru dan lompat jauh, percubaan kali pertama ini berhasil memungut pingat perak dan gangsa. Tahniah. Secara keseluruhanya SMKADG mengumpul 5 Emas, 5 perak dan 7 gangsa, secara keseluruhanya SMKADG menduduki tempat ke-lima daripada 13 buah sekolah. Walaupun menghantar jumlah kontinjen yang sedikit namun ini tidah menghalang SMKADG mencapai kejayaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen SMKADG! SMKADG JUARA! SMKADG TERBILANG 2015!

Terakhir dikemaskini (Ahad, 18 Mac 2012 08:30)

 

Tahniah & Syabas! SMKADG Ungguli STPM 2012

stpm2012

Marang 7 Mac 2012 - Abdul Rahim B. Abdullah, dari SMKA Durian Guling, Marang memperolehi 5A dalam STPM 2011. Beliau memperoleh A bagi matapelajran BM, PA, Syariah, B.Arab dan A- bagi matapelajaran Usuluddin. Beliau juga merupakan salah seorang calon terbilang yang memperoleh 5A di seluruh negara. Merupakan bekas Ketua Pelajar SMKA Durian Guling, seorang pemimpin pelajar yang berketerampilan tinggi dan berdedikasi.

Beliau merupakan anak ke-8 daripada 10 orang adik-beradik. Ayahnya telah kembali ke Rahmatullah dan beliau tinggal bersama ibunya, Puan Amainor Binti Mamat di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang, Terengganu.

SMKA Durian Guling juga menjadi sekolah kedua terbaik bagi pencapaian STPM negeri Terengganu 2011 dengan PNGK 2.85. Seramai 39 calon daripada 83 calon STPM SMKADG atau 46.99% memperolehi 5 Principal. Sekolah ini juga mencatat seramai 82 daripada 83 orang pelajar (98.80%) Lulus Penuh sekurang-kurangnya 1 matapelajaran.

 

 

MUAT TURUN ANALISIS STPM 2012

Terakhir dikemaskini (Rabu, 07 Mac 2012 12:41)

 

SMKADG Juara!

Debate2

PENGUMUNAN!

TAHNIAH KEPADA SMKADG KERANA MENJADI JOHAN PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH MARANG 2012. SEMOGA PASUKAN BAHAS SMKADG YANG DIPIMPIN OLEH EN. ROSLI ISMAIL AKAN MENCAPAI KEJAYAAN DI PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI ~ admin

Terakhir dikemaskini (Khamis, 01 Mac 2012 06:07)

 

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2012

watikah

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas telah berjaya diadakan dan disempurnakan oleh ketua sektor pendidikan islam JPNT, Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Pelajar Berjasa. Dalam ucapan perasmian, ketua sektor pendidikan islam JPNT, Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh mengingatkan para pengawas supaya menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

Semoga semua pengawas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dan teratur.

 

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

Terakhir dikemaskini (Selasa, 28 Februari 2012 06:53)

 

Sambutan Maulidur Rasul 2012

mauludnabi
Sambutan Maulidur Rasul 2012

16 Feb 2012 - Maulidur Rasul, adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2012  ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah“ Seperti tahun sebelumnya, SMKADG tidak pernah ketinggalan mengadakan sambutan ini. Dimulakan dengan perarakan membawa sepanduk mengelilingi sekolah dan ceramah Maulidur Rasul. Pelbagai pertandingan juga diadakan, antaranya ialah, Pertandingan Khutbah, Sajak, Azan, Khat, Kalimatul Sobah dan Kuiz.

p/s: Pasukan yang mewakili sekolah ke sambutan Maulidur rasul peringkat daerah memperolehi tempat yang pertama, tahniah.

 

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

Terakhir dikemaskini (Isnin, 20 Februari 2012 03:21)

 

Majlis Akujanji Pelajar PMR 2012

angkat

15 Februari 2012 - Unit Projek PMR SMKADG dengan kerjasama Unit Badan Kaunseling sekolah telah mengadakan satu program yang diberi nama "Program Memahat Kecemerlangan Dan Akujanji Pelajar PMR 2012 Bersama Pelajar Cemerlang 2011". Bertempat di dewan Ibnu Khaldun, Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan perkongsian pintar antara pelajar cemerlang 2011 dengan calon PMR 2012. Diharap program ini berjaya melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang, Insyallah.


http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

Terakhir dikemaskini (Isnin, 20 Februari 2012 03:19)

 

Video Persaraan Ustaz Abdullah Salleh

 

 

(Ustaz Abdullah Salleh 2007-2012)

 

Lawatan Penanda Aras SMK Megat Dewa

megatdewa

09 Feb 2012 (Khamis) - Satu lawatan penanda aras telah dilakukan oleh SMK Megat Dewa, Kodiang, Kedah ke SMKADG. Sesi lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak sekolah, disusuli dengan upacara menandatangani MOU antara pengetua SMKADG dan SMKMD. Selepas selesai taklimat bermula sesi melawat ASRAMA SMKADG dan pelawat dijamu di dewan makan ASPURI. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

 

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

Terakhir dikemaskini (Ahad, 12 Februari 2012 00:50)

 

MAJLIS PERSARAAN USTAZ ABDULLAH

USTZLAHCUN

7 Feb 2012 (Selasa) - Majlis Persaraan Tn. Hj. Abdullah Salleh telah diadakan di Dewan Besar Ibnu Khaldun. Majlis dimulakan dengan perarakan Vespa, bunga manggar dan di iringi paluan kompang, bermula dari blok Aspuri hingga ke dewan Besar Ibnu Khaldun. Pasukan silat sekolah juga telah mengadakan persembahan untuk menghiburkan hadirin. Antara aktiviti lain ialah, ucapan pengetua, wakil guru, wakil pelajar, tayangan multimedia, penyampaian hadiah oleh pelajar dan acara bergambar dengan Tuan Haji Abdullah. Majlis di akhiri dengan jamuan di rumah Ustaz Abdullah di Kg. Binjal Kertas, Kuala Berang. Ustaz Abdullah mula berkhidmad di SMKADG pada tahun 2007-2012, dan bersara pada usia 55 tahun.

http://s8.postimage.org/q7pzyl4ud/image_gallery_button.png

 

Terakhir dikemaskini (Khamis, 09 Februari 2012 02:57)

 
Apa Kata Anda?
ADAKAH SMKADG AKAN MENCAPAI KEJAYAAN BESAR DALAM PEPERIKSAAN PMR 2012?
 
Mutiara Kata
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit Allen Tate
Latest Events
No events
Shout Box
Latest Message: 1 Bulan, 1 week ago
  • bekem07 : assalamualaikum.........tumpang tanye, saya pelajar DG lepasan spm tahun 2008, pihak DG ada simpan ke sijil SPM saya di pejabat?
  • [nik97] : mne gmbar kputusan spm ???
  • [nik97] : mne gmbar kputusan spm ???
  • [nik97] : mne gmbar kputusan spm ???
  • irfan : salam ....izinkan saya doenload kat soalan spm yer..
  • shahmi : salam...kedudukan kelas ting.1 xde lgi kew??
  • ^AO : ????
  • ^AO : salam...nak tanya,markah akhir tahun form 6..tak kluar lagi ke..
  • eneses169 : x ke kedudukan dalam kelas & tingkatan bg form 4..? xmboh hok epantau.. epantau x kdudukn lam klas n ting, ad markah jew..
  • cik ahuma mi : meow...ada orang x ni??
  • cik ahuma mi : assalamualaikum w.b.t......
  • gun_97 : salam,hana wahida
  • hana wahida : salam sume
  • Najah91 : Salam. Mana saya boleh dapatkan jawapan untuk soalan dari bank soalan? Tq.
  • aliff.hafiz1 : test
  • admin : MARKAH PEPERIKSAAN ONLINE UNTUK TINGKATAN 4 & 5 SAHAJA
  • b0rnto_jihad : salam...adakah keputusan oti1 blh dsemak disini....
  • saiful amizu : nok markah periksa
  • theversatile : selamat pagi dg
  • ieyka_96 : hai dg????

Guests are shown between [].

Only registered users are allowed to post

Tetamu
Kami ada 9 tetamu online
Search
Events Calendar
May 2012
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
PEPERIKSAAN SPM
Peperiksaan spm
HARI LAGI!!!
PICASA SMKADG

KEPUTUSAN EXAM
ANALISIS EXAM